Sunday, June 7, 2009

Program Kecemerlangan PMR


Hari ini ku dijemput untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab kertas Pendidikan Islam PMR di Agro Semuji Resort. Memulakan perjalanan dari rumah tepat jam 7:40 mlm selepas maghrib. Dengan ditemani anak ku, Fawzan yang juga merangkap cameraman yang x bertauliah,,,, tidak la terlalu bosan memandu kereta seorang . Ku perlu menyampaikan ceramah jam 8:30 malam . Ku menyampaikan ceramah untuk anak-anak Felcra Wilayah Pahang. Ceramah yang ku berikan merupakan salah satu aktiviti yang perlu para pelajar ikuti sepanjang mereka menjalani Program Pengukuhan Jati Diri. Teruja sungguh ku kerana asyik betul mereka mendengar tip-tip ku sampaikan kepada mereka sepanjang ceramah. Tidak ku sedari rupanya hampir 2 jam 30 minit ku bersama mereka. Melebihi masa yg ku janjikan dengan staff.. Ku ada terdengar suara-suara kecil di belakang, "bile nye nak habis ni....dah pukul 11 ni..... tapi aku buat tak tahu je.

Semalam ku plan nak sewa chalet aje dekat situ sebab ku dah tau mesti habis lewat malam punya, lagi pun hari Selasa ni kena bagi dia oranag ceramah lagi,,,,tapi x boleh sebab keesokkan harinya ku kena teman isteriku ke hospital (dia ada INR). Nampaknya ku tak ada merasa lah nak menginap kat sana....lain kali saja la.......sekian

p/s ni dia beberapa gambar yg di snap oleh camereman.....berapa bintang boleh bagi ni??






















1 comments:

TIMBALAN PPD (SPS) said...

Syabasss...anda memang hebat sahabatku...teruskan perjuangan mendidik anak bangsa...

Post a Comment