Sunday, June 7, 2009

Kehormatan Dan Maruah Diri

Kehormatan dan maruah diri merupakan persoalan yang yang sering diperkatakan umum, kerana ianya berkait rapat dengan sahsiah seseorang kearah ketinggian martabat seseorang manusia.
Maruah adalah nilai-nilai kebaikan atau kemuliaan yang membawa kepada kehormatan yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau sesuatu bangsa.
Maruah tersebut yang menentukan harga diri seeorang atau sesuatu bangsa itu. Tanpa maruah, seseorang atau bangsa itu dikira sebagai tidak ada harga diri, tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi.
Dengan itu jelaslah, betapa pentingnya maruah dan kehormatan, perlu dijaga oleh semua individu dan bangsa walaupun ukuran maruah dan kehormatan itu tidak sama antara sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain. Disamping itu, ianya bergantung kepada sesuatu ketentuan yang dibuat oleh setiap kelompok tentang maruah dan mengikut apa yang ditunjang oleh akidah masing-masing.
Umat Islam yang dipelengkapkan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. perlu tahu apa itu maruah dan kehormatan bagi diri mereka. Bagi menentukan maruah agama dan diri dapat dipelihara dan diperjuangkan kerana maruah adalah nilai diri, hidup dan mati,sekalipun dipertaruhkan darah dan nyawa.
Maruah dan kemuliaan kehormatan bagi umat Islam bolehlah dibahagikan kepada beberapa perkara, antaranya:

1. Imannya - keyakinan yang mantap hanya kepada Allah s.w.t.

2. KeIslamannya - yakin hukum-hukum yang lima tertegak dalam dirinya iaitu hukum
wajib,sunat,makruh, haram dan harus.

3. Akhlak mulia yang melentur hati nurani supayasentiasa beraklah dengan sifat mahmudah
dan menghindarkan diri terjerumus kepada sifat mazmumah.

Demikianlah pentingnya kehormatan dan maruah diri dalam hehidupan bagi umat Islam. Mulia, terhormat dan agungnya umat Islam, apabila mereka mempunyai ketiga-tiga unsur-unsur tersebut. Tanpa iman, Islam dan akhlak, umat Islam akan hilang maruah diri, kemuliaan dan keagungan.Hidup mereka akan terhina, tidak bahagia dan tidak dipedulikan oleh masyarakat.

1 comments:

Kak Idah said...

Tahniah, semoga cemerlang dalam kerjaya dan menjadi GC yang boleh dicontohi. Ingatlah menunduk lebih baik daripada mendongak. selamat berjaya dalam merealisasikan cita-cita. tapi jangan lupa panggilan tanah suci kalau ada kemampuan. yeah

Post a Comment