Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

PROGRAM LADAP

Hari ini sekolah mengadakan mengadakan program LADAP. Kali ini program ini diadakan di Kampus utama IKIP Kuantan. Program yang disediakan membuka minda disamping membuang stress para guru. Diantara program yang mencuit hati staff kami iaitu Acara Membuka Minda yang dikendalikan oleh Encik Badruddin (Kaunselor JPNP). Sungguh menyeronokkan staff kami....... sehinggakan taksedar waktu makan tengahari dah sampai....
Syabas AJK Ladap

Thursday, July 2, 2009

HARI KARNIVAL KOKURIKULUM

Hari ini SMK Seri mahkota mengadakan Karnival Kokurikulum 2009 . Program ini dirasmikan oleh Ketua Sektor Kemanusiaan JPNP. Berbagai acara diadakan untuk memeriahkan program, diantaranya gerai jualan, pameran dari NGO, kawat unit beruniform dan sebagainya. Persekolahan satu sessi sahaja, ini memberi peluang pelajar untuk mencungkil bakat mereka.
Beberapa gambar yang dapat dipaparkan sempena program tersebut.

Monday, June 15, 2009

Sampai sekolah awal pagi,,,,, Hujan turun renyai-renyai, perhimpunan mingguan dibatalkan. semua pelajar masuk ke kelas untuk mengikuti P& P pada hari ini.Aku bergegas ke bilik kerja untuk memasukkan markah Ujian Pertengahan Tahun.Bila semua markah selesai masuk dalam borang hatiku berasa gembira. Aku membelek jadual waktu kelas yang aku ajar.Rupanya jam 8.35, kelas aku baru bermula.Aku menanti waktu sambil menyiap beberapa catatan P& P yang akan ku ajar nanti.

Saturday, June 13, 2009

Hari Permaufakatan Maahad Tahfiz

Pagi ini Abah dan Umi bertandang ke Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah,Kuantan untuk bersama dalam Majlis Permaufakatan Kecemerlangan Pelajar. Berbagai program diadakan termasuklah Majlis Pelaporan dari pihak Pentadbir Maahad, pameran dan perjumpaan ramah tamah dengan Guru Tingkatan pelajar. Terbayang raut wajah gembira Abah dan Umi hasil penerangan Guru Tingkatan tentang kemajuan Syauqie...... Lebih-lebih lagi bila diberitahu Syauqie dapat nombor 2 dalam tingkatan. Syabas diucapkan kepada syauqie dan diharap dia dapat meningkatkan lagi kemajuannya dalam peperiksaan akan datang.

Gambaran sekilas pandang Warga Maahad Tahfiz yang dapat ku paparkan sepanjang program ini ........ Sungguh ceria diwajah mereka....... Inilah warga yang menjiwai Al-Quran..... sentiasa dirahmati Ilahi.









Friday, June 12, 2009

Hospital Tengku Ampuan Afzan

Telefon berdering jam 6.30 pagi. Berderau hatiku seketika. Siapakah gerangan yang memanggilku. Rupanya, adikku...... Dia memintaku memgantar suaminya(Azman) ke HTAA. Tanpa berlenggah lagi, aku bersiap untuk kesana. Aku pandu kereta menuju ke rumah adikku. Setelah semuanya siap, aku memulakan perjalanan ke HTAA . Jalanraya terlalu sibuk,,,,,,, maklumlah waktu pagi.Semua orang nak cepat ke distinasi masing-masing. Tepat jam 8.30 pagi keretaku sampai ke hospital, ku disambut oleh Pegawai Unit Kecemasan. Setelah semua catatan diambil oleh pegawai berkenaan, lalu iparku ditempatkan sementara di Wad Kecemasan untuk rawatan susulan. Berbagai kerenah dan jenis pesakit kutemui . Jam di dinding menunjukkan jam 10.30 pagi..........terlalu lama ku rasa menunggu. Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka,tersintak aku dari lamunan. Kelihatan dua jururawat sedang menolak kerusi roda iparku. Jururawat memberitahu dia akan di tempatkan di Wad tingkat 8. Aku dan adikku mengikut jururawat tadi ke lif menuju ke tingkat 8. Muka iparku kelihatan ceria, setelah ditempatkan disana. Aku berasa gembira dan berdoa agar iparku cepat sembuh.


Catatan pada: 12 Jun 2009

Monday, June 8, 2009

Kuantan Medical Centre

Hari ini ku membawa puteriku pergi buat medical check up kat KMC. Sepatutnya ku kena teman isteriku pergi HTAA. Tapi,,,, kena tukar plan. Abiyan yang teman Umi dia. Lagi pun isteriku kena pergi awal pagi,, kalau lambat nanti kena tunggu lama.

Ku terus suruh Kak Cik pergi mandi lepas solat subah.... nak pergi awal. Lama betul tunggu dia mandi. Last minit isteriku bagitahu yang ku kena bawa Imad(anak bongsu) sekali sebab kat rumah tak ada orang nak jaga dia.... ku pun terus gerakkan Imad yang masih tengah tidur,,,terus angkat dia masuk dalam kereta(dia x mandi pun,tukar baju aje). ku pun terus pecut ke bandar. Sebelum buat medical check up, ku bawa Kak Cik dan Imad pergi sarapan dulu kat Restoren Aliff. Lapar betul,,,dua keping ku langsaikan roti canai......lepas tu pergi la KMC, temankan Kak Cik. Ramai juga student yang nak buat MC. Tak lah lama sangat tunggu Kak Cik buat MC.
Pukul 11:30 semuanya siap. Terus jer balik rumah. sekian.....



Kak Cik punya x-ray

Sunday, June 7, 2009

Program Kecemerlangan PMR


Hari ini ku dijemput untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab kertas Pendidikan Islam PMR di Agro Semuji Resort. Memulakan perjalanan dari rumah tepat jam 7:40 mlm selepas maghrib. Dengan ditemani anak ku, Fawzan yang juga merangkap cameraman yang x bertauliah,,,, tidak la terlalu bosan memandu kereta seorang . Ku perlu menyampaikan ceramah jam 8:30 malam . Ku menyampaikan ceramah untuk anak-anak Felcra Wilayah Pahang. Ceramah yang ku berikan merupakan salah satu aktiviti yang perlu para pelajar ikuti sepanjang mereka menjalani Program Pengukuhan Jati Diri. Teruja sungguh ku kerana asyik betul mereka mendengar tip-tip ku sampaikan kepada mereka sepanjang ceramah. Tidak ku sedari rupanya hampir 2 jam 30 minit ku bersama mereka. Melebihi masa yg ku janjikan dengan staff.. Ku ada terdengar suara-suara kecil di belakang, "bile nye nak habis ni....dah pukul 11 ni..... tapi aku buat tak tahu je.

Semalam ku plan nak sewa chalet aje dekat situ sebab ku dah tau mesti habis lewat malam punya, lagi pun hari Selasa ni kena bagi dia oranag ceramah lagi,,,,tapi x boleh sebab keesokkan harinya ku kena teman isteriku ke hospital (dia ada INR). Nampaknya ku tak ada merasa lah nak menginap kat sana....lain kali saja la.......sekian

p/s ni dia beberapa gambar yg di snap oleh camereman.....berapa bintang boleh bagi ni??






















Friday, June 5, 2009

Kenduri Mak Long Siah Pahang Tua

6 Jun 2009
Maklong kenduri. Malam tadi aku ikuti majlis akad nikah anaknya.
Lauk sedap. tak cukup bawa balik.Ramai kaum keluarga dan sanak saudara dapat ku temui. Alangkah gembira hatiku berjumpa dengan emak saudaraku yang sekian lama tak ku jumpa.Majlis akad nikah dimulai jam 10.00 malam. Aku balik kerumah jam 11.00 malam dan aku berjanji akan datang kembali esok hari nak tolong menguruskan majlis khenduri tersebut.