Wednesday, November 25, 2009
Kerinduan
Abah bile nak update blog.......
Ustaz bile nak update blog......
Itulah ungkapan yang sering ku terima. Namun dipetang dingin terlintas untuk membuka blogku yang sudah lamaku tak hampirinya.Banyak kali email dari kakram gc menanyakan mengapa hal demikian berlaku. aku respect kat kak ram gc yang menjadi idolaku
Tapi kini ............
Kugagahi diriku untuk meluangkan bersama dengan blogku. Inilah satu-satunya yang mengubat jiwaku yang sibuk tak ketawan. Entah kenapa jadi begini,,aku sendiri pun tak tahu.....
Dalam kesepian ini, aku teringat kembali amanat dari ibuku sebelum dia menemui illahi.....
katanya,
TAK HINA MANUSIA KERANA CACIAN
TAK MULIA MANUSIA KERANA KATA PUJIAN
JANGANLAH ENGKAU SENTIASA MENANTI PUJIAN ORANG
TAHUKAH ENGKAU.......
DISEBALIK PUJIAN ITU
TERSEMAT PELBAGAI ONAK BERDURI
TAPI......
DISEBALIK CACIAN ITU ADALAH ANAK TANGGA KEJAYAAN
Tuesday, July 14, 2009
Saturday, July 4, 2009
PROGRAM LADAP
Hari ini sekolah mengadakan mengadakan program LADAP. Kali ini program ini diadakan di Kampus utama IKIP Kuantan. Program yang disediakan membuka minda disamping membuang stress para guru. Diantara program yang mencuit hati staff kami iaitu Acara Membuka Minda yang dikendalikan oleh Encik Badruddin (Kaunselor JPNP). Sungguh menyeronokkan staff kami....... sehinggakan taksedar waktu makan tengahari dah sampai....
Syabas AJK Ladap
Syabas AJK Ladap
Thursday, July 2, 2009
HARI KARNIVAL KOKURIKULUM
Hari ini SMK Seri mahkota mengadakan Karnival Kokurikulum 2009 . Program ini dirasmikan oleh Ketua Sektor Kemanusiaan JPNP. Berbagai acara diadakan untuk memeriahkan program, diantaranya gerai jualan, pameran dari NGO, kawat unit beruniform dan sebagainya. Persekolahan satu sessi sahaja, ini memberi peluang pelajar untuk mencungkil bakat mereka.
Beberapa gambar yang dapat dipaparkan sempena program tersebut.
Beberapa gambar yang dapat dipaparkan sempena program tersebut.
Sunday, June 21, 2009
Monday, June 15, 2009
Sampai sekolah awal pagi,,,,, Hujan turun renyai-renyai, perhimpunan mingguan dibatalkan. semua pelajar masuk ke kelas untuk mengikuti P& P pada hari ini.Aku bergegas ke bilik kerja untuk memasukkan markah Ujian Pertengahan Tahun.Bila semua markah selesai masuk dalam borang hatiku berasa gembira. Aku membelek jadual waktu kelas yang aku ajar.Rupanya jam 8.35, kelas aku baru bermula.Aku menanti waktu sambil menyiap beberapa catatan P& P yang akan ku ajar nanti.
Saturday, June 13, 2009
Hari Permaufakatan Maahad Tahfiz
Pagi ini Abah dan Umi bertandang ke Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah,Kuantan untuk bersama dalam Majlis Permaufakatan Kecemerlangan Pelajar. Berbagai program diadakan termasuklah Majlis Pelaporan dari pihak Pentadbir Maahad, pameran dan perjumpaan ramah tamah dengan Guru Tingkatan pelajar. Terbayang raut wajah gembira Abah dan Umi hasil penerangan Guru Tingkatan tentang kemajuan Syauqie...... Lebih-lebih lagi bila diberitahu Syauqie dapat nombor 2 dalam tingkatan. Syabas diucapkan kepada syauqie dan diharap dia dapat meningkatkan lagi kemajuannya dalam peperiksaan akan datang.
Gambaran sekilas pandang Warga Maahad Tahfiz yang dapat ku paparkan sepanjang program ini ........ Sungguh ceria diwajah mereka....... Inilah warga yang menjiwai Al-Quran..... sentiasa dirahmati Ilahi.
Subscribe to:
Posts (Atom)